Assalamualaiukum dan salam sejahtera...
Semua orang ingin berjaya. Tahukah apa ciri-ciri orang pejaya? Hari ini saya ingin berkongsi tentang ciri-ciri orang yang ingin berjaya atau orang pejaya berdasarkan Teori Mc Clelland. Hasil kajian beliau mendapati orang-orang pejaya ialah:
- Individu itu sengaja mencari tugas-tugas yang banyak memberi cabaran
- Mereka mahu supaya diberi tanggungjawab yang menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan
- Mereka mahu tugas-tugas yang mereka lakukan diberi penilaian demi mecapai kejayaan
- Mereka akan melakukan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi menilaian, dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya, orang yang bukan pejaya tidak menunjukkan hasil baik apabila mereka diberi tugas yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut
- Individu pejaya cenderong untuk menjadi usahawan
- Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri dengan daya usaha sendiri
Antara perangai menonjol personaliti pejaya ialah mereka berminat bercakap dan mendengar perbincangan yang mengandungi topik-topik tertentu sahaja, seperti topik yang menggambarkan kemajuan kepada status mereka.
Kita semua berpeluang untuk menjadi orang yang berjaya. Marilah kita berusaha, berlatih dan berdoa untuk menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Sunber:
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Kita semua berpeluang untuk menjadi orang yang berjaya. Marilah kita berusaha, berlatih dan berdoa untuk menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Sunber:
Ainon Mohd & Abdullah Hassan(2002). "Mendorong Diri Sendiri". Selangor: PTS Mllenia
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
No comments:
Post a Comment