Monday, July 21, 2008

Realisasi Diri

Assalamualikum dan salam sejahtera...

Diri kita memerlukan penghargaan dan maruah yang mesti dimuliakan. Menurut Maslow, setiap orang berupaya menjadi seorang yang hidup mulia. Semua manusia mempunyai lima jenis keperluan:
  1. fisiologi
  2. keselamatan
  3. sosial
  4. keperluan estim
  5. self actualization
Saya telah menyentuh penjelasan secara ringkas dalam blog notamengajarbelajar.com sebelum ini. Penerangan secara terperinci boleh di rujuk dalam buku psikologi atau motivasi. Hari ini saya ingin berkongsi perkara yang berhubung kait dengan self actualization iaitu Realisasi Diri.

Realisasi Diri menerangkan proses bagaimana terdapat individu tidak henti-henti memperbaiki diri sendiri untuk mencapai hajatnya yang sangat peribadi dan sangat diidamkan. Mereka cuba menggunakan perlbagai bakat yang mereka miliki unuk mencapai kecemerlangan diri. Faktor Realisasi Diri tidak mendorong tidak menjadi kita menjadi yang terbaik dibandingkan dengan orang-orang lain. Ia mendorong diri kita menjadi yang terbaik.

Kesimpulannya realisasi diri ialah usaha mencapai apa yang terbaik yang mampu kita capai.

Marilah kita terus dan terus belajar dan beramal...

Tiada berjaya seperti kejayaan kecuali kegagalan menukar keadaan

No comments:

Post a Comment