Wednesday, July 23, 2008

Imaginasi Jelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam saya meminjam sebuah buku motivasi Imaginasi Ke Arah Kejayaan, nukilan Ahmad Radzi Adil,. Saya sempat membaca beberapa sub topik dan hari ini saya ingin berkongsi tetang imaginasi yang jelas.

Menurut John Masefeild, imaginasi adalah kekuatan dan motivasi fikiran yang hebat sekali yang mampu melampaui diri sendiri untuk mencapai tingkat yang belum pernah dibayangkan sebelum ini. Imaginasi yang jelas mencari jalan penyelesaian yang ideal bagi permasalahan dan tujuan hidup dan seterusnya imaginasi yang dinamik mampu mengubah apa yang dijumpainya, menganalisis maklumat yang didapati dan membawa hasil yang baik.

Fungsi utama fikiran yang imaginatif dan kreatif ialah:
  1. Kemampuan memberi tumpuan
  2. Ketepatan dalam mengamati
  3. Pengendapan memori
  4. Berfikir Logik
  5. Pertimbangan
  6. Kepekaan dalam membuat pertimbangan
  7. Imaginasi yang kreatif
Kita sering terfikir orang yang mempunyai imaginasi yang kreatif ialah penyair, ahli falsafah, novelis dan sasterawan. Namun Dr. Maxwell Maltz berkata imaginasi yang kreatif terdapat dalam tindakan kita, kerana imginasi menetapkan tujuan, gambaran yang dibuat oleh mekanisme automatik kita. Kita bertindak atau tidak bertindak bukan kerana kemahuan kita seperti yang kita sangka selama ini tetapi kerana imaginasi kita.

Saya rasa buku ini bagus dibaca oleh kita semua. Untuk maklumat yang lebih terperinci bolehlah dapatkan buku ini di perpustakaan,kedai buku atau klik http://www.berlianbooks.com
Gambar dari : berlianbooks.com

Marilah kita terus dan terus mencari ilmu dan beramal.

Imaginasi menjadikan manusia tuan dari binatang

No comments:

Post a Comment