Thursday, July 24, 2008

Mencari Idea

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila hendak menulis atau membuat assigment memerlukan banyak idea. Apatah lagi hendak buat tesis, mesti kena mencari banyak idea. Jadi saya ingin berkongsi tentang konsep mencari idea berimaginasi.

Mengumpul idea adalah menggunakan kekuatan otak dari sekelompok orang yang sesuai satu sama lain untuk memecahkan persoalan. Terdapat dua kegunaan mengumpul idea:
  1. Aktiviti ini secara automatik merangsang imaginasi seseorang individu berkenaan
  2. Aktiviti ini merangsang kemampuan yang sama dari semua yang hadir. Usaha tersebut akan mendatangkan hasil yang terbaik dan mencabar mencabar mereka untuk berfikir kreatif
Apabila kita berbincang (brainstorming) secara kumpulan untuk mencari idea, satu percikan idea dari seseorang akan memberi ledakan idea kepada orang lain. Satu perinsip pengumpulan data ialah jangan biarkan kritikan berlaku kerana pembentukan gagasan idea kurang produktif , akan hilang inisiatif dan diri menjadi kurang kreatif.
Gambar dari:piperreport

Marilah kita terus dan terus mencari ilmu dan beramal

Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

2 comments:

  1. apabila kita berbincang disitu lahir apa yang kita inginkan..dan apabila kita berseorang idea yang kita nk ada tetapi kita tidak boleh menangkapnyer..so lebih baik kita berbincang daripada selfish..
    kerana mungkin apa yg org lain ader kita xada dan begitilah sebaliknya

    ReplyDelete
  2. salam

    terima kasih, lagi banyak idea yang diperolehi lagi baik. Dalam bebincang sepatutnya tiada keritikan kerana ia membuang masa, lebih baik banykkan idea lain dan idea-idea yg datang dinilai dengan baik

    ReplyDelete