Hari ini saya ingin menyambung penerangan isi ciri-ciri pemikir yang telah saya post semalam.
Antaranya ialah pemikir yang baik tidak terburu-buru mencari jalan penyelesaian dan akan mengambil masa untuk berfikir atau bertindak balas sebelum sebarang tindakan atau keputusan dibuat. Beliau gemar mengkaji punca-punca kepada sesuatu masalah sebelum mengambil tindakan penyelesaian. Walaupun setelah melaksanakan sesuatu tindakan penyelesaian, pemikir yang baik akan terus berfikir dan melakukan penilaian terhadap tindakan yang telah diambilnya. Beliau merenung kembali akibat kesan-kesan tindakannya dan menilai samada ia telah berjaya memenuhi matlamat, objektif serta tujuan asal yang telah ditetapkan.
Pemikiran fleksible ialah pemikiran seseorang yang suka meneroka kemungkinan-kemungkinan, alternatif-alternatif dan pilihan-pilihan. Baginya, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai cara. Beliau seorang yang berfikiran terbuka, perihatin terhadap pendapat yang lain, dan menerima cadangan orang lain. Beliau tidak menilai sesuatu idea dengan terburu-buru. Idea-idea yang dicadangkan kepadanya, direnung dan dipertimbangkan terlebih dahulu.
Pemikiran yang baik dimiliki oleh orang yang proaktif, bukannya seorang yang pasif, iaitu tidak menunggu masalah dihadapnya kepadanya. Malahan, pemikir yang baik suka mengenal pasti masalah. Beliau gemar memikirkan cara-cara lain melakukan sesuatu perkara atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat yang sama.
Pemikir yang baik berminat menyelesaikan masalah secara berdikari. Beliau suka mencuba kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar minda serta tidak mudah putus asa. Bersikap positif dan berani mengambil risiko.
Seorang yang cekap berfikir sering membuat pengesanan kendiri. Beliau suka berfikir tentang berfikir dan dapat mengenal pasti dengan jelas langkah-langkah mental yang diambil semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Pemggunaan bahasa yang tepat, lengkap dan tidak kelam-kabut serta bercelaru.
Selain itu, pemikir yang baik dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi harian baik dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan sosial dan profesional. Mahir menggunakan pengetahuan dan pengalaman lama serta mengaitkannya dengan pengetahuan dan pengalaman baru. Beliau berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yang telah diketahui dengan apa yang baru dipelajari.
Sumber:
Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
No comments:
Post a Comment