Thursday, July 31, 2008

Emosi Positif & Negatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya masih lagi ingin bercerita tentang isi buku Imaginasi Ke Arah Kejayaan kerana saya ingin menjadi orang yang berjaya.

Di sini saya senaraikan 7 emosi positif dan 7 emosi negatif.

Emosi- emosi sering wujud dalam diri kita. Maka itu, diri kita sendirilah yang bertanggungjawab untuk mengawal emosi kita.

Emosi Positif & Negatif


7 emosi positif:

  1. Keinginan
  2. Keyakinan
  3. Cinta
  4. Seks
  5. Azam
  6. Romans
  7. Harapan
Sebenarnya banyak emosi lagi yang wujud dalam diri kita, tetapi menurut Ahmad Radzi Adli, 7 emosi ini menjadi emosi kuat yang digunakan dalam usaha kreatif.

Emosi ini perlu dikuasai dan semua emosi menerima arahan daripada diri kita sendiri.

7 emosi negaif:

  1. Rasa takut
  2. Kecemburuan
  3. Kebencian
  4. Pembalasan dendam
  5. Keserakahan
  6. Tahyul
  7. Kemarahan
Bentukkan kebiasaan penerapan emosi positif supaya emosi negatif tidak dapat muncul. Emosi positif dan negatif tidak boleh muncul serentak.

Dengan kebiasaan emosi positif yang menjadi dominan akhirnya emosi positif akan menguasai pemikiran kita sepenuhnya sehingga emosi negatif tidak dapat masuk.

Tetapi, awas! dengan kemunculan salah satu emosi negatif dapat mengganggu dan merosakkan perubahan bantuan membina (positif).

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

No comments:

Post a Comment