Wednesday, August 13, 2008

7 Formula Individu Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari:Pts

Entri saya yang ke 2 hari ini adalah sedikit nota yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang karangan Dr. Danial Zainal Abidin.

Aset utama yang perlu dimanfaatkan dalam menuju keunggulan ialah diri sendiri. Manusia dijadikan Allah S.W.T. dengan pelbagai potensi. Potensi-potensi ini perlu digilap untuk mencapai kejayaan dengan menggunakan kaedah yang betul.

Modal penting kurniaan Allah S.W.T. terhadap manusia ialah akal fikiran. Akal juga perlu digilap dengan ilmu terutamanya ilmu agama untuk menangkis serangan iblis dan syaitan.

Tedapat 7 formula yang disenaraikan dalam buku ini untuk penghayatan kita bersama dalam menempuh kecemerlangan. Formula itu ialah:
  1. Mengenali kehebatan dan potensi diri
  2. Meledakkan Takwa
  3. menonjolkan Ilmu
  4. Hidup bermatlamat dan berwawasan
  5. memelihara Amanah
  6. Befikiran positif
  7. Menyantuni manusia
Saya akan cuba berkongsi dengan anda sedikit demi sedikit tentang isi buku ini berdasarkan bacaan dan pemikiran saya. Untuk kepuasan anda menghayati bolehlah membeli di kedai buku atau psan melalui http://pts.com.my/index.php/buku/132/

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

No comments:

Post a Comment