Wednesday, August 13, 2008

Air Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam terlalu banyak aktiviti diluar sejak awal pagi sehingga lewat pagi menyebabkan saya tidak dapat menghantar entri ke dalam blog saya. InsyaAllah hari ini saya cuba untuk hantar 2 entri.

Saya masih lagi merjuk buku Nota Kepada Diri untuk berkongsi untuk kali ini. Perkongsian kali ini berkenaan air mata.

Sebagai manusia, kita berpengalaman menangisi kerana sesuatu mungkin kerana kesedihan atau kegembiraan sekurang-kurangnya ketika baru lahir atau bayi.

Gambar dari: Henriko Firman

Tidak semua air mata yang tumpah ke bumi mandapat pandangan di sisi Allah S.W.T. kerana air mata yang mengalir keluar daripada kelopak mata bukan air mata duka tetapi juga air mata buaya.

Malah ada juga yang menangis sebagai lakonan dunia kerana dipaksa untuk mendapatkan wang. Contoh yang jelas ialah air mata golongan seniman yang menangis atas tujuan wang dan glamor.
Air mata golongan pendusta ini akan mendapat akibat burut di akhirat nanti.

Air mata yang mendapat pandangan di sisi Allah S.W.T. ialah air mata yang mengalir kerana mencari keredhaan Allah. Air mata yang menitis di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak lena. Inilah contoh golongan yang memikirkan dirinya hamba kepada Allah S.W.T. yang serba kekurangan dari segi kekurangan dalam ketaatan berbanding nikmat melimpah yang diterimanya. Dia merasakan dosanya terlalu banyak umpama pasir di pantai dan hari yang bertambah seiring dosa yang dilakukan tetapi umur semakin berkurang.

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

2 comments:

  1. Ini lirik dari kumpulan the zikr-
    AIR MATA KEINSAFAN

    yang mungkin ada sangkut paut

    Air mata keinsafan
    Yang mengalir di malam sepi
    Inilah dia pelembut jiwa
    Bagi mendapat kasih Ilahi

    Rintihan di pertiga malam
    Dari seorang hamba yang dhoif
    Kerna mengenang segala dosa
    Moga mendapat keampunan dari Ilahi

    Setiap kekasih Allah
    Menempuhi jalan ini
    Untuk mereka memiliki kejayaan
    Ayuh bersama kita susuli
    Perjalanan kekasih Allah
    Agar kita tiada rugi
    Dalam meniti hidup ini

    Deraian air mata ini
    Titisan yang paling berharga
    Buat menyimbah api neraka
    Moga selamat di titian Sirat
    Bahagia menuju syurga abadi

    Lagu : The Zikr
    Lirik : Nazrey Johani
    Hakcipta : OVA Productions

    ReplyDelete
  2. salam
    terima kasih..lirik ini sangat puitis penuh bermakna

    ReplyDelete