Friday, August 22, 2008

Formula Cemerlang 1b

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Formula kali ini bartajuk kaca menggantikan berlian.

Umat Islam wajib mensyukuri nikmat kegemilangan yang dikurniakan Allah S.W.T. kerana tidak mustahil nikmat yang ada boleh diganti dengan bala dan azab. Para sahabat merupakan golongan contoh yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini dengan mentaati perintah Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim menceritak seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. berkenaan sifat manusia yang terbaik. Nabi menjawab, " Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca Al-Quran, paling bertakwa kepada Allah S.W.T., paling bersungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan paling suka menghubungkan silaturrahim." Ini lah formula keunggulan yang dihayati oleh para sahabat dan antara ciri penting yang ditekankan ialah :
  1. mengenali peta hidup dengan mendampingi Al-Quran.
  2. memulakan perubahan dengan diri sendiri menuju takwa.
  3. mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan.
  4. berperanan mencegah kemungkaran.
  5. mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran.
Formula di atas sangat dihayati oleh para sahabat Nabi S.A.W. sehingga mereka berjaya menguasai dunia.

Namun, Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut, "Kita merupakan satu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita."

Lihatlah hari ini umat Islam berada pada tahap yang rendah. Umat Islam Palastin tidak lagi merasai kesenangan, ribuan rakyat Islam Bosnia dibunuh dan banyak lagi kisah tragis yang melanda umat Islam kini. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..


Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment