Gambar dari: bangunlah putera puteri
Formula yang seterusnya berbunyi berlian depan mata tidak nampak. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran, Islam merupakan agama yang diterima disisi Allah S.W.T.
Namun, apa yang berlaku hari ini ialah ramai umat Islam yang tidak menyedari bahawa Islam yang boleh diibaratkan sebagai lombong berlian dan tidak ada tolok bandingan dengan agama-agama lain. Kebanyakan umat yang mengaku Islam mencari kemuliaan dengan mengikut budaya barat. Malah berasa kagum dan berbangga apabila berjaya mengikut cara hidup orang bukan Islam. Natijahnya, mereka menemui kehancuran dan kemusnahan.
Kemuliaan, kebanggaan, keunggulan dan kebahagiaan yang ada di hadapan mata iaitu Islam baru disedari apabila sudah terlewat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Golongan yang berjaya ialah mereka yang tidak melupakan peringatan Allah S.W.T. Segala panduan dan peringatan telah dijelaskan dalam kalam-NYA iaitu Al-Quran dan peringatan-peringatan tersebut sebenarnya berlian yang sangat berharga yang mampu menyinari seluruh hidup apabila kita mahu menjadikannya sebagai pedoman.
Berapa ramai yang takut akan peringatan Allah S.W.T.? Kesan yang semakin membimbangkan kita ialah generasi muda dan akan datang. Hari ini kita lihat kalau dari segi akademik berapa orang lulus dalam mata pelajaran fardu ain? Berapa ramai keluarga yang mengambil berat tentang perkara ini? Apatah lagi masalah sosial yang melanda negara kita dan dunia kini? Renung-renungkanlah...
Sekiranya, perkara-perkara tadi berterusan, nasib kita mungkin berubah daripada kegemilangan kepada kehinaan dan kehancuran.
Allah S.W.T. maha adil dalam menghukum manusia dengan tidak menarik balik nikmat yang dikurniakanNYA kepada seseorang kecuali dia terjebak dengan dosa seperti yang telah berlaku ke atas Firaun, pengikut-pengikutnya serta golongan yang seumpamanya. Semoga kesilapan umat kita yang berlaku cepat disedari dan memohon keampunan kepada yang maha Esa.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan..
No comments:
Post a Comment