Dua tiga hari ini internet di rumah bermasalah. Kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak ada sambungan langsung. Sewaktu saya menulis entri ini saya berada dalam perpustakaan. Saya mengambil peluang untuk menulis dalam laman blog ini sementara ada kelapangan waktu menunggu solat asar.
Semalam saya datang ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan yang bersangkut paut dengan tugasan. Sambil-sambil lalu berdekatan rak buku berkenaan psikologi saya ternampak sebuah buku yang menarik perhatian saya. Buku ini dikarang oleh penulis yang sama dengan buku Imaginasi Ke Arah Kejayaan iaitu Ahmad Radzi Adli. Tajuk buku ini ialah Keyakinan Diri.
Semua orang mendambakan kejayaan hidup dunia dan akhirat. Sama ada kita sedar atau pun tidak sebenarnya penyumbang yang besar terhadap kejayaan seseorang individu ialah keyakinan diri sendiri.
Keyakinan diri merupakan elemen penting yang mesti ada dalam diri setiap orang supaya perbuatan atau kerja yang kita lakukan adalah bagus dan penuh bersemangat.
Gambar dari: More4kids
Orang-orang yang dianggap berjaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Berdasarkan pengalaman, saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya apabila saya mempunyai keyakinan diri. Contohnya, saya berani melaksanakan tugas bersendirian kerana saya yakin pada diri saya Allah S.W.T. sentiasa ada dimana sahaja. Tetapi saya masih belajar untuk meningkatkan keyakinan diri.Anda juga mesti pernah merasakan kelainan apabila mempunyai keyakinan diri. Betulkan? Marilah kita bentuk keyakinan diri kita secara optimum,
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Apa-apa sahaja yang memperkuat sesuatu positif, pastinya akan melemahkan mana-mana negatif yang sering menyusul
betul,kite akan merasai kelainnan jika Keyakinan kita tinggi.....
ReplyDelete