Gambar dari: Suluh Hati
Hari ini saya teringatkan orang yang saya sayangi iaitu mak dan abah saya. Saya yakin dan percaya, semua anak-anak dunia ini (normal) sangat sayangkan ibu bapa mereka.
Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita yang mana tidak mampu untuk kita balas segala jasa mereka.
Oleh yang demikian, sebagai anak kita harus taat dan berusaha sedaya mungkin untuk membalas jasa, berbakti serta yang penting sekali ialah jangan menderhaka kepada keduanya.
Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah pembaktian dan pengorbanan kita terhadap ibu dan bapa kita mestilah berdasarkan ilmu supaya tidak terpesong daripada syariat yang telah ditetapkan Allah SWT.
Jangan ingat duit dan harta semata-mata dapat membalas jasa ibu dan ayah. Kerana duit tidak dapat membeli kebahagiaan manusia. Mungkin perkara-perkara ini berlaku dalam kehidupan bekeluarga:
- Ada anak-anak yang bagi duit kepada ibu bapa setiap bulan tapi hasil daripada duit yang haram.
- Ada anak-anak yang bagi duit kepada ibu bapa setiap bulan sehingga menyebabkan tanggungan keluarganya sendiri terabai. Oleh kerana nak tunjukkan diri membalas jasa ibu dan bapa sehingga isteri meminta suami jangan ganggu kewangan dia untuk ibu bapanya.
- Ada anak-anak yang bagi duit kepada ibu bapa setiap bulan kerana dipaksa oleh ibu atau ayahnya sendiri.
Bagi saya, ibu bapa yang baik tidak mengharapkan sangat duit daripada anak-anaknya. Sebaliknya anak-anak itu sendiri yang seharusnya mempunyai kesedaran untuk memberikan duit sebagai tanggungjawab anak kepada ibu dan bapa. Yang penting ialah ikhlas!
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
" Syurga dibawah telapa kaki ibu"
No comments:
Post a Comment