Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gambar dari : Tok Mudim
Saya teringat tulisan pada poster di sekolah tadika dan rendah yang berbunyi " MEMBACA JAMBATAN ILMU". Masa kecil dulu, saya tidak hiraukan langsung pengertian tulisan poster itu. Apa yang saya fikirkan adalah cantiknya poster itu dengan hiasan lukisan di sekeliling tulisan yang berbentuk seni.
Bertambahnya umur sehingga hari ini menyebabkan saya terfikir betapa pentingnya membaca bagi seorang manusia. Apatah lagi untuk mendapatkan maklumat dan menambah ilmu. Setiap hari kita perlu membaca.
Yang menjadi masalah hari ini di negara kita budaya membaca masih lagi di tahap yang rendah. Mungkin kita akan dilihat pelik kalau sambil kita berjalan dipasaraya, perhentian bas dan tempat-tempat awam yang lain sambil mengepit buku atau membaca buku. Budaya sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi negara-negara maju.
Disebabkan ramainya rakyat kita yang kurang membaca, menyebabkan negara kita ketinggalan terutamanya dari segi capaian maklumat.
Berdasarkan pemerhatian saya, orang-orang yang diaggap berjaya dalam pelajaran dan kerjaya melakukan aktiviti membaca dengan banyak. Kajian juga mendapati membaca boleh meningkatkan kreativiti seseorang berbanding menonton television ( Lihat buku Imiginasi Cemerlang- Dr H.M. Tuah).
Saya rasa, antara punca orang malas nak mulakan aktiviti membaca kerana terlalu fikirkan hasil dari pembacaan yang akan dilakukan. Contohnya:
Bolehkan aku ingat kalau baca buku ini?
Banyak mana aku dapat ingat kalau aku baca artikal ini?
Baca banyak-banyak pun bukan ingat sangat!
Apa aku dapat kalau aku membaca?
Kalau aku baca, rugilah masa aku nak buat kerja lain...
Banyak lagi pemikiran negatif yang menjadi penghalang untuk seseorang membaca. Persoalan yang patut kita fikirkan ialah " dah baca ke belum".
Jangan hiraukan persoalan-persoalan yang saya sebutkan di atas. Pupuk minat membaca diri sendiri. Pedulikan ingat atau tidak apa yang akan kita baca. Yang penting latih diri supaya rajin membaca dan visualkan apa yang di baca.
InsyaAllah lama-kelamaan kita akan tahu sendiri nikmat membaca dan secara tidak langsung kita akan ingat apa yang kita baca walaupun tidak keseluruhan.
Kalau rasa baca yang banyak seperti novel terlalu membosankan kerana terpaksa mengambil masa yang lama. Mulakan membaca dengan bahan-bahan ringkas seperti blog, cerpen, artikal, majalah dan sebagainya.
Ambil buku yang rasa menarik terus baca (buku yang tidak merosakkan la), jangan fikir terlalu lama. Nanti syaitan akan cuba menghalang kita daripada membaca.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal..
Dah baca ke belum?
salam
ReplyDeletebro. entry yang baik. setuju. xperlu terlalu berfikir untuk membaca, cuma lepas baca perlu berfikir apa yang kita baca.
hehe.
saya budak baru belajar,
firaqness.
salam..
ReplyDeleteapa buku terbaru bro baca?
buku biografi tentang kurt cobain jadi pilihan untuk dibaca setakat ni.hehe.
ReplyDelete