Sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sudah beberapa generasi yang mendahului kita sejak Nabi Adam A.S. Cuba kita renung balik ayah kita, atuk kita, monyang kita dan ke atas. Mereka telah melalui kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran. Ada banyak pesanan yang mereka tinggalkan sebagai panduan untuk kita yang bakal menjalani kehidupan seterusnya.
Saya teringat pesan atok yang telah lama ke alam barzakh kepada abah dan abah sampaikan kepada saya pula. Lebih kurang macam ini ayat atok.
" Kemana hang pegi pun jangan tinggai sembahyang dan pegi mengaji"
Sampai sekarang saya masih ingat walau ke mana pergi pun. Walaupun pesanan tersebut ringkas, tetapi mempunyai maksud yang sangat luas. Dua perbuatan ini membawa falsafah berguna buat saya dan juga orang lain.
Bukankah sembahyang itu tiang agama yang menjadi tanggungjawab wajib bagi setiap orang Islam. Orang menjaga sembahyang bererti dia menjaga agama. Allah SWT menjanjikan bahawa dengan melakukan solat yang ikhlas (berdasarkan ilmu) dapat mencegah.
Menunut ilmu itu tersangatlah penting kerana untuk hidup di dunia kita perlukan ilmu dan untuk ke akhirat juga dengan ilmu.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Solat mencegah kemungkaran
No comments:
Post a Comment