Cuti sekolah menjelma lagi. Masa yang sangat ditunggu oleh semua pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah serta murid-murid tadika. Ibu bapa meraka bagaimana pula perasaan mereka?
Apa yang saya hendak perkatakan hari ini ialah kenikmatan bercuti. Cuti biasanya digunakan untuk berehat dan melakukan aktiviti yang lain dari kebiasaan iaitu menghadiri kerja atau kelas.
Saya merasakan betapa nikmatnya bercuti setelah sekian lama bertungkus lumus bekerja atau belajar.
Tapi, nikmat bercuti tidak dapat saya rasakan kalau hari-hari yang tidak bercuti pun saya melakukan aktiviti-aktiviti cuti (sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh).
Oleh yang demikian, saya sarankan kita bekerja atau belajar dengan konsisten pada hari yang tidak bercuti barulah seronok bercuti. Betul tak?
Perlu diingat juga bercuti bukan bermakna tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya. gunakan masa lapang dengan membaca buku, menolong ibu bapa, bercuti untuk mengeratkan silaturrahim, menghadiri ceramah dan sebagainya
Marilah menuntut ilmu dan beramal..
Gunakan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat
salam.
ReplyDeletebro. nice entry. byk maklumat. cuma aku ada pertanyaan bagaimana untuk kita menjadi pekerja yang konsisten dalam membuat kerja? terutama diwaktu tiada kerja.
salam
ReplyDeleteterima kasih bro, terharu rasanya kerana bro bertanyakan soalan yang sepatutnya saya tanya kepada bro.
untuk menjawab soalan ni. Saya usahakan jugalah.
Bagi saya, susah nak cari masa yang tidak ada kerja. Cuma mungkin sampai satu ketika/keadaan,kita tak tau nak buat apa atau tak ada mood nak nak buat kerja (biasanya kerja-kerja rasmi).
Satu cadangan dari saya, kita rancang untuk capai satu matlamat yang kita inginkan (yang kita minat).Masa kita tak buat kerja-kerja rasmi, bolehlah kita buat kerja yang kita minat tu.
Cth: cita-cita bro nak buat Master in Electrical Engineering. Jadi, apa rancangan bro untuk capai matlamat tu.
Maaflah kalau jawapan tak memenuhi soalan.
p/s: Tapi saya rasa bro seorang yang paling konsisten yang saya jumpa
Satu lagi, nak jadi pekerja konsisten?
ReplyDeleteHehe..Kita diberi masa 8.00pg-5.00ptg untuk bekerja. Bagi saya, kalau kita gunakan masa itu untuk bekerja sepenuhnya setiap hari (termasuk rehat) dah dikira konsisten la..
Boleh ka cam tu bro?