Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kita pernah mendengar ada ahli keluarga yang meratap dan mengeluh apabila pemergian ibu / bapa / sanak saudara yang telah meninggal dunia. Sehingga ada yang melahirkan ungkapan " tak sempat nak balas jasa", "sering melakukan kesalahan kepada si mati", "buat tak ambil kisah kepada si mati semasa dia hidup'' dan sebagainya.
Kita pernah mendengar si isteri rasa menyesal apabila suami berkahwin lain sebab di tak menjaga hati suami semasa menjalani hidup bersama.
Kita pernah mendengar orang merintih apabila barang yang dimiliki telah rosak dan lain-lain lagi.
Perkara di atas mengambarkan manusia sering kali akan merasa kehilangan apabila sesuatu perkara/benda yang pernah dimiliki telah tiada di sampingnya. Tetapi seseuatu perkara/benda itu tida mendapat penjagaan atau penghormatan apabila berada bersama.
Oleh itu, saya ingin berpesan kepada diri dan sesiapa sahaja hargailah sesuatu perkara/benda yang Allah SWT pinjamkan kepada kita sebelum Allah SWT ambil balik. Semua perkara/benda yang ada pada kita adalah pinjaman daripada Allah SWT.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Tiada milik kita yang kekal melainkan hanya milik Allah SWT
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Menghargai"
Post a Comment