Friday, June 5, 2009

Menghargai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
  • Kita pernah mendengar ada ahli keluarga yang meratap dan mengeluh apabila pemergian ibu / bapa / sanak saudara yang telah meninggal dunia. Sehingga ada yang melahirkan ungkapan " tak sempat nak balas jasa", "sering melakukan kesalahan kepada si mati", "buat tak ambil kisah kepada si mati semasa dia hidup'' dan sebagainya.

  • Kita pernah mendengar si isteri rasa menyesal apabila suami berkahwin lain sebab di tak menjaga hati suami semasa menjalani hidup bersama.

  • Kita pernah mendengar orang merintih apabila barang yang dimiliki telah rosak dan lain-lain lagi.


Perkara di atas mengambarkan manusia sering kali akan merasa kehilangan apabila sesuatu perkara/benda yang pernah dimiliki telah tiada di sampingnya. Tetapi seseuatu perkara/benda itu tida mendapat penjagaan atau penghormatan apabila berada bersama.


Oleh itu, saya ingin berpesan kepada diri dan sesiapa sahaja hargailah sesuatu perkara/benda yang Allah SWT pinjamkan kepada kita sebelum Allah SWT ambil balik. Semua perkara/benda yang ada pada kita adalah pinjaman daripada Allah SWT.


Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...


Tiada milik kita yang kekal melainkan hanya milik Allah SWT

No comments:

Post a Comment