Gambar dari:ning blog
Terima kasih kepada pencipta blog. Kini beribu-ribu orang boleh belajar dan berkongsi apa yang mereka ada melalui blog. Ada yang menggunakan saluran blog untuk menceritakan kisah hidup harian, menyampaikan aktiviti yang diminati, meluahkan perasaan, menjual barangan dan bermacam-macam lagi.
Oleh itu, saya ingin mengajak kepada semua yang masih belum mencuba berblog, marilah kita berblog. Hasilkan blog tersendiri yang menarik diri sendiri dan mungkin orang lain. Dengan berblog kita dapat meningkatkan kemahiran menaip dan mengarang.
Marilah ramai-ramai kita hasilkan blog ke arah kebaikan. Supaya ramai manusia akan terpengaruh dengan kebaikan. Bila ramai orang berfikiran kebaikan, ramailah yang akan bertindak ke arah kebaikan. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kerahmatan.
Marilah menuntut ilmu dan beramal..
Nabi SAW: Sampaikan oleh ku walaupun satu ayat
No comments:
Post a Comment