Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari: Kf6
Kita mudah sakit hati apabila perkara yang kita terlalu inginkan tidak tercapai, ada orang sengaja membuat kita tersinggung, apa yang kita rancang tak menjadi dan lain-lain lagi.
Kalau kita terus melayan perasaan sakit hati kita akan mendatangkan banyak kesan lain seperti berdendam, tertekan, kerja terbengkalai, hubungan denga orang lain rosak dan sebagainya.
Oleh itu, kita kena cepat-cepat mengelak dari terus melayan perasaan yang menduka citakan itu. Cara yang boleh saya cadangkan ialah gunakan minda hebat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Bagaimana:
- Fikirkan bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Allah SWT sentiasa bersama kita. Setiap sesuatu ada hikmahnya. Mungkin Allah SWT nak uji kita untuk tambah pahala kita.
- Cuba alihkan fikiran kita kepada perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan perkara yang menyakitkan hati kita. Contohnya, fikirkan kerja rumah yang kita belum selesaikan atau fikirkan apa yang kita nak makan nanti selepas kerja.
- Berdoa, berdoa dan berdoa semoga Allah SWT memberi ketenangan.
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Doa itu senjata mukmin
No comments:
Post a Comment