Monday, June 29, 2009

Hak Muslim

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Gambar dari: republika

Islam sangat mementingkan persaudaraan sesama umatnya. Banyak panduan yang Allah SWT rakamkan untuk kita semua sebagai panduan melalui RasulNYA dan kitabNYA. Contoh mudah ialah berkenaan dengan hak muslim dengan muslim yang mesti ditunaikan oleh setiap muslim iaitu:


Apabila seorang muslim memberi salam, muslim yang lain wajib menjawab



  1. Apabila ada muslim bersin dengan memuji Allah SWT, muslim yang lain yang mendengarnya perlu mendoakannya


  2. Apabila ada muslim meminta nasihat, muslim yang lain perlu memberi nasihat


  3. Apabila ada muslim meniggal dunia, muslim yang lain perlu mengiringi jenazahnya sehingga ke kubur


  4. Apabila ada muslim sakit, muslim yang lain perlu melawatnya


  5. Apabila ada muslim mengundang ke rumahnya (cth: walimtul urus), muslim yang lain perlu menunaikan undangannya


Sebenarnya ada banyak lagi hak muslim sesama muslim yang digariskan dalam Islam yang dinyatakan kepada umat manusia sebagai panduan untuk di amalkan. Boleh dirujuk daripada al-Quran dan Hadis Nabi SAW serta dapatkan panduan daripada tok guru atau ustaz. Oleh itu, amalan persaudaraan sangatlah penting dalam kehidupan harian.



Marilah menuntut ilmu dan beramal...



Tidak beriman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

3 comments:

  1. Salam Bro,

    Indah kan cara hidup orang islam...kalu kita sama2 dapat ikut, pasti tak da peperangan kat dunia ni...namun kita kekadang terlalu sukar untuk menunaikan hak org lain kan...ada idea tak untuk kita mudah menunaikan hak org lain seperti yg disenaraikan dlm blog tuan tu...

    ReplyDelete
  2. salam, terima kasih memberi pandangan.. pada pandangan saya, setiap orang yang ingin beramal sesuatu tuntutan perlu melalui beberapa proses iaitu
    1.belajar ilmu bersungguh-sungguh(khasnya ilmu agama)
    2.fahami ilmu bersungguh-sungguh(biar sampai tersemat dihati)
    3.amalkan melalui latihan berperingkat-peringkat dan bersungguh-sungguh
    3.mohon doa kepada Allah semoga Allah memberi kekuatan untuk kita konsistem dalam amalan.

    doa dan usaha mesti seiring..insyaAllah Allah memberi pertolongan

    ReplyDelete
  3. samsul punya blog apa address...leh email kan kat email kawan ke...

    ReplyDelete