Gambar dari: imteaz sofea
Kita semua maklum bahawa, amalan yang ikhlas sahaja yang dipandang Allah SWT. Oleh dalam kehidupan seharian, kita perlu berhati dalam beramal supaya apa sahaja amalan yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT.
Terlalu banyak perbuatan yang kita buat setiap hari yang mana boleh melatih kita supaya menjadi ikhlas. Antaranya:
Kita nak mengenakan pakaian: jangan fikir kita pilih pakaian kerana hendakkan manusia tengok, tapi fikirkan bahawa Allah SWT suruh
Kita nak beli kereta: jangan fikir kerana nak tunjuk kepada manusia, tapi fikirkan sebagai alat untuk beribadat kepada Allah SWT
Kita nak diet: jangan fikir kita nak tunjukkan kepada manusia badan kita cantik, tapi fikirkan sebagai kaedah menjaga kesihatan untuk beribadah kepada Allah SWT
Banyak lagi perbuatan yang sering kita lakukan yang mudah. Tapi kalau kita ihklas kerana Allah SWT semuanya jadi ibadah.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Ikhlas, matlamat ibadah
No comments:
Post a Comment