Gambar dari: stories biography
Wahai saudara saudari sekalian, setiap individu di anugerahkan Ilahi dengan perasaan atau emosi. Ahli psikologi telah sekian lama mengkaji berkenaan dengan kecerdasan emosi (EQ) yang mana kini saya rasakan EQ sudah dapat menyaingi kecerdesan intelek (IQ).
Goleman yang memplopori kajian bekenaan dengan EQ memberi jaminan bahawa orang yang mempunyai IQ semata-mata belum tentu berjaya dan bahagia hidup bersosial dengan masyarakat.
Orang yang mudah terasa hati atau sensetif berkemungkinan tidak dapat mengawal EQ yang Allah SWT anugerahkan kepadanya. Salah satu cara meningkatkan EQ ialah dengan membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan EQ.
Dalam situasi yang menyebabkan kita terasa berpunca daripada orang lain, cuba kita cepat-cepat fikir apakah punca yang menyebabkan orang itu bertindak sedemikian (menyebabkan kita terasa)?
Kalau orang itu memang sengaja hendak membuat kita terasa, tidak perlu melayan orang tersebut. Tinggalkan sahaja dia.
Tapi ada juga situasi seseorang itu yang mungkin dia tidak sengaja hendak membuat kita terasa, sedangkan yang membuatkan kita terasa adalah berpunca daripada kita.
Jadi, janganlah cepat terasa hati kerana sangat merugikan kita.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Hati yang bersih ialah hati yang sentiasa mengingat Allah SWT
Mintak izin share ye..
ReplyDelete