Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhamammad SAW ialah "iqra' yang bermaksud bacalah". Antara hikmahnya ialah hidup di dunia perlukan ilmu dan ilmu boleh diperolehi dengan membaca.
Kebanyakkan pelajar takut membaca sebab takut tak ingat. Biasanya, arahan yang diberikan oleh penyarah ialah " kamu baca bahagian ni.." , " kamu baca bab ni..." dan sebagainya. Tapi ada sebilangan besar pelajar tidak mahu membaca kerana takut tak ingat apa yang dibaca.
Cuba fikirkan kepada arahan yang disebutkan tadi, "kamu baca bahagian ini.." bukan bunyi macam ini " kamu ingat bahagian ini...". Disini kita lihat ada 2 arahan yang berbeza. Untuk arahan pertama hanya perlu membaca, jangan fikirkan ingat atau tidak. Untuk arahan kedua berbeza iaitu kena ingat. Apabila kena kena lah usaha lebih dari membaca, mungkin buat nota, berbincang dengan kawan dan sebagainya. Jadi, jangan takut untuk membaca. Ambil buku dan terus baca.
Aktiviti membaca masih kurang diminati di negara kita. Itu lah sebabnya kita perlu menggalakkan rakyat negara kita membaca dan jadikan amalan sihat ini untuk menambah ilmu pengetahuan.
Tapi ingat, membaca sahaja tidak mencukupi. Kita perlu tambah aktiviti-aktiviti lain untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seperti menghadiri majlis ilmu di masjid atau surau, kursus, seminar dan sebagainya.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Membaca jambatan ilmu
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jangan Takut Membaca"
Post a Comment