Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sabar merupakan salah satu sifat mahmudah yang menjadi makanan hati. Bila ditimpa ujian mudah sahaja orang sebut "sabarlah.." tapi sukar untuk diamalkan. Hanya tuan punya diri tahu dirinya sabar atau tidak.
Sabar bukan sahaja perlu digunakan dalam keadaan ditimpa ujian malah dalam keadaan lain juga perlu belajar seperti sabar dalam belajar, sabar dalam mengajar, sabar dalam menunggu dan lain-lain lagi.
Sifat ini perlu dilatih supaya sebati dalam jiwa insani. Salah satu cara permulaan melatih sabar ialah ketika menunggu. Kadang-kadang kita rasa nak marah sebab orang datang lewat, perjanjian waktu tidak ditepati dan lain-lain lagi. Kita akan rasa semakin lama kita menunggu kalau kita asyik memandang masa dan mengira waktu. Jadi, untuk mengelak kita marah-marah kerana menunggu jangan tengok jam, fikir perkara lain, buat aktiviti lain dan bersabar kerana setiap detik yang bergerak adalah dalam kuasa Allah SWT. Mungkin Allah WST belum mengizinkan orang yang kita tunggu sampai atau mungkin majlis yang kita tunggu belum diizinkan Allah SWT untuk bermula.
InsyaAllah latihan yang banyak akan menjadikan sifat sabar tertanam dalam diri kita.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Sabar membawa ketenangan
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Melatih Bersabar"
Post a Comment