Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ya Allah ya Tuhan kami yang maha pengasih lagi maha pengampun, ampunilah dosa kami. Jauhkan kami daripada malapetaka yang menakutkan kami.
Telah banyak dosa kami yang telah kami lakukan. Kami sangat lemah, kami sering lalai dan sering termakan hasutan iblis dan nafsu kami...
Sesungguhnya tiada tempat yang dapat kami memohon pertolongan melainkan kepadaMu ya Allah...
Dunia kini sedang berdepan dengan musibah yang manusia sendiri mengundangnya iaitu H1N1. Ramai yang memberi komen kepada orang bukan Islam " tula... babi tu haram, tapi diorang nak juga makan". Sememangnya orang kafir tidak ada hidayah dan tidak bepengetahuan tentang kandungan Islam, tapi kepada yang Islam ni tapi adakah bala yang Allah SWT turunkan hanya kepada orang kafir? Sedangkan sampai hari ini virus influanza di kesan merebak ke negara kita yang mengaku ramai Islam. Adakah pengajaran daripada apa yang berlaku daripada H1N1 hanya perlu disalahkan kepada orang bukan Islam sahaja?
Cuba kita renung-renungkan keadaan negara kita sekarang ini. Terlalu banyak maksiat berlaku ketika ini yang bukan lagi jauh daripada kita sehinggakan kita tidak perlu memandang kepada Barat kalau ingin memberikan contoh-contoh yang buruk. Hiburan melampau-lampau, penyalahguanaan kuasa berleluasa, rasuah menjadi-jadi, berzina di merata-rata dan lain-lain lagi. Walaupun secara saintifik, pelakuan-pelakuan ini tidak nampak korelasi dengan H1N1 kerana tidak ada kena mengena dengan babi, tapi bukankan maksiat yang dilakukan boleh menerima apa-apa bala yang tidak dapat difikir secara rasional?
Tidak ada daya yang dapat kita lakukan melainkan memohon pertolongan kepada Allah SWT. Kita kena kembali kepada fitrah iaitu kesucian yang mana kesucian itu hanya dapat diperolehi dalam Islam dengan mencari ketakwaan kepada Allah SWT. Tunaikan segala suruhan dan tinggalkan segala laranganNYA.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Segeralah bertaubat
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "H1N1"
Post a Comment