Tuesday, July 14, 2009

5 Waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari: hawa ke hawa


Terima kasih kepada yang berkunjung ke blog Nota Insan. Sekian lama saya tidak berpeluang untuk melayari internet, Alhamdulillah hari ini Allah SWT izinkan.



Kerja yang banyak perlu disusun supaya kita dapat lakukan dengan sistematik dan teratur. Cubalah sedaya yang mampu dan ingatlah bahawa setiap saat yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku adalah dalam kuasa Allah SWT. Dalam sehari Allah SWT anugerahkan kita solat 5 waktu untuk mengajar kita menguruskan masa dengan baik. InsyaAllah kalau 5 waktu solat kita dapat jaga di awal waktu setiap hari, secara tidak langsung mengajar kita menguruskan kehidupan kita.


Saya ingin berpesan kepada diri saya dan kepada siapa sahaja supaya kita belajar bersabar dan bertindak mengikut kemampuan diri. Mohonlah pertolongan Allah SWT. InsayaAllah Allah SWT akan mudahkan urusan kita.


Marilah menuntut ilmu dan beramal.


Cek Point ntuk seorang Islam ialah solat 5 waktu

No comments:

Post a Comment