Wednesday, July 1, 2009

Kerja-Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sibuk merupakan musuh dan rakan kepada orang yang bekerja dan belajar atau sesiapa sahaja. Bergantung kepada orang yang mengidentifikasikan sibuk itu dalam kategori rakan atau musuh.

Bagi orang yang menganggap sebagai musuh mungkin sebab sebelum ini dia jarang mendapat kerja yang banyak atau dia tidak suka kerja yang banyak, malas atau teraniaya oleh orang atasan dan sebagainya.

Bagi orang yang menganggap sebagai kawan mungkin sebab dia seorang yang rajin, tidak suka membuang masa dan untuk mengatasi stress.

Yang penting, kawal pemikiran kita supaya sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Jika kesibukan yang keterlaluan, cuba ambil rehat daripada kesibukan kerja, susun jadual, pilih mengikut keutamaan dan lakukan ikut kemampuan. Banyakkan berdoa..

Marilah menuntut ilmu dan beramal

No comments:

Post a Comment