Monday, August 17, 2009

20 % Masyarakat Malaysia dijangkiti H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ya Allah Ya TUHAN kami ampunilah dosa kami. Sesungguhnya kami sangat lemah dan sering terleka. Kami lalai dalam kehidupan ini.
Apabila peringatan diberi bertalu-talu baru ada yang sedar akan kesilapan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, masih ada yang masih tidak sedar.
Hari ini, keadaan H1N1 yang melanda negara kita semakin hebat. Secara keseluruhan, 20% penduduk rakyat negara ini dijangkiti virus ini. Langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa disebarkan ke seluruh masyarakat. Tapi diwaktu yang sama majlis-majlis yang menggalakkan manusia berkumpul masih lagi berleluasa seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku dalam negara kita khususnya majlis-majlis maksiat!
Jadi apa guna kempen-kempen dan saranan-saranan untuk mencegah H1N1. Sebagai manusia biasa, kita mesti kembali kepada Allah SWT kerana semua ini dalam ketentuan Allah SWT.
Marilah menuntut ilmu dan beramal.

No comments:

Post a Comment