Gambar dari: dailygalaxy
Angka kematian dalam negara kita dengan asbab H1N1 terus meningkat. Seluruh dunia masih lagi bingung dalam menghadapi wabak yang merebak secara berleluasa ke mana sahaja dengan mudah.
Kenapa wabak ini baru kita kenali? Kenapa sebelum ini kita tidak pernah mendengar nama H1N1 tersenarai dalam nama-nama penyakit? Kenapa virus ini menyerang sesiapa sahaja? Banyak persoalan yang dilontarkan apabila munculnya H1N1?
Mungkin pihak tertentu seperti Jabatan Kesihatan, farmasi dan sebagainya boleh memberi beberapa jawapan untuk persoalan seperti di atas untuk mengelak atau mengatasi masalah wabak ini, tapi setakat mana kebenarannya? Bilangan kematian di negara setiap hari ada penambahan!
Kita semua wajib kembali kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Pencipta. Allah SWT yang menjadi kan alam ini dan Allah SWT Maha Mengetahui. Apa yang baik dan buruk untuk kita semuanya dalam Penyusunan dan Perancangan Allah SWT.
Dalam keadaan sekarang, kita di nasihatkan agar tidak melibatkan diri dengan majlis-majlis keramaian, tempat-tempat tertutup yang berpenyaman udara dan sebagainya untuk menghindari dari dijangkiti wabak ini.
Kalau kita renung-renungkan, Islam menyuruh umatnya mengeratkan tali persaudaraan yang erat sesama manusia. Oleh itu, salah satu cara mengeratkan persaudaraan ialah melalui penganjuran program atau aktiviti yang boleh menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul. Sebab itu, kita dituntut bersolat berjemaah, menghadiri walimatul urus, bergotong-royong dan sebagainya. Bukankah tuntutan ini bercanggah dengan apa yang disarankan oleh pihak kesihatan?
Saya rasa, pengajaran yang boleh diambil daripada H1N1 ini ialah manusia kita terlalu ramai yang alpha dan leka dengan program-program sia-sia yang menyesatkan. Banyak pihak yang berkumpul di sebabkan konsert, berkumpul di sebabkan pesta, berkumpul di sebabkan karaoke dan sebagainya. Berapa ramai yang berkumpul kerana bersolat berjemaah, menghadiri majlis ilmu dan berzikir jika nak dibandingkan dengan majlis-majlis maksiat yang ada di mana-mana sahaja.
Kepada mereka yang sedar dan insaf dapat melihat bahawa H1N1 ini mungkin bertujuan untuk menghindarkan manusia daripada melibatkan diri dengan majlis-majlis maksiat. Wallahualam...
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Ya ALLAH, Ampunkanlah dosa kami
betul tu kawan...hakikat bahawa turun sesuatu bala bencana itu adalah berpunca daripada kesilapan manusia juga. kalu kita imbas kisah2 pada zaman dahulu, memang Allah turunkan sesuatu bala itu untuk memusnahkan sesuatu kaum. kaum nabi lut, ad, dan kaum2 lain telah lenyap di dunia ini dengan kekuasaan Allah hanya kerana kesesatan yang meraka ciptakan...hari ni kelihatan semua kesesatan2 itu semacam kembali semula dan mula berkembang...mungkin ini Allah turunkan musibah ini untuk memberi peringatan kepada umat manusia untuk bala yang lebih dahsyat lagi jika kita semua terus lalai...
ReplyDelete