Gambar dari:Arisalah
Kita biasa hendakkan yang sedap kalau makan. Kita biasa hendakkan yang mahal kalau nak beli pakaian. Kita biasa nakkan yang berkualiti kalau nak beli apa-apa peralatan elektrik, mekanikal dan sebagainya. Kita, biasa nak duit yang banyak berbanding duit yang sedikit. Keseluruhannya, kita hendakkan yang terbaik, terhebat, teristimewa dan semua yang bagus-bagus dalam kehidupan kita.
Tapi, kenapa kita tidak memilih yang terbaik dalam amalan ibadat kita? Sedangkan amalan ibadat kita yang akan dibawa semasa mengadap Ilahi. Perkara-perkara kehidupan yang kita lalui tidak kekal dan akan habis setakat hayat kita hidup di dunia sebelum kita berpindah ke alam seterusnya iaitu alam barzakh dan akhirat?
Apabila bulan Ramadhan tiba, isu yang sering berlaku ialah pemilihan rakaat solat tarawih. Ramai yang memilih untuk melakukan 8 rakaat sahaja dan yang lebih teruk ialah mereka yang tidak melakukan langsung solat sunat tarawih. Memanglah solat tarawih tidak sampai tahap wajib. Tapi cuba fikirkan apa yang telah dinyatakan di awal perenggan tadi. Kita, sering memilih perkara-perkara yang lebih tapi kenapa dalam hal amal ibadat tidak memilih yang lebih?
Bulan Ramadhan hanya datang sekali setahun. Itupun sekiranya umur kita masih panjang. Bukankan bulan ini digalakkan kita memperbanyakkan amal ibadat seperti berzikir, bertahmid, beriktikaf, bersujud dan sebagainya.
Melihat dari segi logik, jika kita melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat termasuk solat witir 3 rakaat satu malam, berapa banyak sujud kita dapat untuk satu malam? Sekiranya, bilangan hari untuk bulan puasa tahun ini ialah 30 hari dan kita dapat melakukan solat tarawih penuh 23 rakaat setiap malam, maka kita telah mengumpul sebanyak 2760 rakaat hasil daripada solat tarawih sahaja. Ditambah lagi dengan solat wajib dan sunat yang lain lagi. Inilah salah satu usaha yang kita mampu buat sebelum kita kembali ke hadrat Ilahi untuk bersemuka. Yang penting latihan keikhlasan mesti diusahakan untuk setiap amalan. Semoga Allah SWT memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita.Wallahualam...
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Pilihlah yang terbaik
No comments:
Post a Comment