Wednesday, August 19, 2009

Senarai Semak Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahai saudara saudari sekalian, tinggal dua hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang sangat berkat iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Sambutlah Ramadhan dengan penuh penghayatan dan keazaman untuk melakukan amal ibadah sebanyak yang mampu. Jangan lepaskan tawaran-tawaran pahala yang Allah SWT janjikan bagi hambaNYA yang bertakwa.
Senarai semak yang mesti diambil perhatian bersempena bulan Ramadhan ialah:
  1. Kawal nafsu
  2. Muhasabah diri
  3. Banyakkan bersedekah
  4. Persiapan diri dengan ilmu
  5. Pelihara aurat dengan sempurna
  6. Bertadarus dan mentabbur al-Quran

Marilah menuntut ilmu dan beramal

Ya Allah, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu...

No comments:

Post a Comment