Wednesday, January 20, 2010

Jangan Melaknat

Assalmualaikum dan salam sejahtera..

Imam Ghazali berpesan lagi bahawa janganlah kita suka melaknat makhluk Allah SWT sama ada binatang atau manusia dan janganlah menghukum secara pasti ke atas seseorang daripada ahli qiblat(seorang muslim) yang dia menjadi kafir atau munafik kerana Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatinya. Jangan campur tangan urusan mereka dengan Allah SWT.

DI akhirat kelak kita tidak akan ditanya kenapa kamu tidak melaknat orang, kenapa kamu tidak pernah sekalipun melaknat iblis dan kenapa diam(tidak menyebut keburukan) sepanjang hidup kamu.Tetapi kita akan ditanya tentang kenapa kamu melaknat orang semasa di dunia dahulu jika kamu pernah melaknat orang.

Sumber:
Abu Hamid Al-Ghazali (meniggal pada tahun 505 H), terjemahan Abul Ali Al Banjari An Nadwi (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Pustaka Alwasit Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment