Saturday, March 27, 2010

Kecemasan dan Kesedihan


Antara kecemasan dan kesedihan itu ada hubungan yang erat. Kedua-duanya melibatkan kesengsaraan dan kesakitan yang meliputi jiwa. Namun, kedua-dua tersebut ada bezanya iaitu:



  1. kecemasan- disebabkan ketakutan terhadap sesuatu yang akan datang,

  2. kesedihan-adalah perasaan disebabkan tekanan kerana hal-hal yang tidak disukai yang sudah lepas.

Kedua-duanya menyerang jiwa dan menyeksa batin. Oleh itu banyakkan berdoa agar Allah SWT akan memberi ketangan dan kelapangan jiwa.


Antara doa yang boleh diamalkan ialah:


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu di dunia dan di akhirat, aku memohon kepadaMu ampunan dan kesihatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, lindungilah auratku dan berlah keamanan dari rasa takutku . Ya Allah, jagalah aku dar depan, belakang, kanan, kiri, dan dari atasku, Aku berlindung dengan kebesaranMu supaya aku tidak dibunuh dari bawahku."


Sumber:


La Tahzan. Dr. Aidh' bin Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment