Dalam kitab La Tahzan, ada dinyatakan bahawa:
Allah SWT sangat mencintai orang-orang mukmin yang kuat berbanding orang mukmin yang lemah. (Maksud Hadith)
Dengan kekuatan iman yang ada pada diri seseorang mukmin itu, dia boleh merasa pengawasan dan perlindugan daripada Allah SWT, maka dia tidak takut dengan sesiapa sahaja melainkan Allah SWT.
Sejarah merakamkan kehebatan mukmin yang menjadi contoh seluruh alam semester seperti Rasulullah SAW yang memperjuangkan Islam walaupun menghadapi tentangan musuh Islam, Saidina Abu Bakar yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Nabi Muhammad SAW ketika perjalanan hijrah, Sahabat-sahabat lain yang sanggup berperang di zaman Rasulullah SAW, Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya menawan Baitul Maqdis, Muhammad Al-Fateh berjaya membawa tenteranya menakluk Konstantinopal (Turki) dan banyak lagi contoh-contoh mukmin yang kuat memerjuangkan Islam.
Semua makhluk di langit dan di bumi seperti benda hidup, benda mati, burung-burung, dan binatang merayap merasakan bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Menjadikan dan Maha Memberi rezeki. Justeru, tidak perlu takut berada dalam Islam dan jadilah mukmin yang kuat.
Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
" dan tiada ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka". (Surah Al-Isra': 44).
Marilah kita terus menuntut ilmu dan beramal..
ringkas tapi padat :)
ReplyDelete