Sunday, July 24, 2011

Menyemarakkan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdillah syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaannya kita masih diberi kesempatan untuk berada dipenghujug Syaaban. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba.

Ramai orang yang akan menyemarakkan Ramadhan dan mereka melakukannya dengan cara tersendiri.

Orang-orang arifin sangat gembira dan seronok dengan kedatangan Ramadhan kerana ini lah peluang bagi mereka untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan sesempurna mungkin. Mereka akan semarakkan Ramadhan dengan ibadah puasa disamping amalan-amalan yang lain.

Orang bisnes juga seronok dengan kedatangan Ramadhan  kerana boleh buat duit dengan menjual barangan.

Orang biasa seronok kerana nak raya. Boleh beli baju raya dan tukar barang baru.

Kanak-kanak suka sebab malam-malam bulan puasa syaitan diikat, jadi bolehlah mereka bermain-main dalam gelap  tanpa rasa takut.

Pilihlah yang mana yang baik untuk dijadikan panduan.

Mari kita semarakkan Ramadhan dengan aktiviti yang mendatangkan pahala kerana Ramadhan adalah bulan umat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Rugilah  kalau  tidak  dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment