Saturday, July 23, 2011

Umur Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Perjalanan hidup di dunia sentiasa bergerak sehingga tamat atau terpisah nyawa atau roh daripada jasad seseorang manusia. Indikator berapa lama seseorang itu hidup di dunia adalah pada umurnya. Semakin bertambah umur seseorang itu, maka orang itu dianggap semakin dewasa ataupun tua. Malahan ramai orang yang menyambut ulang tahun kelahiran merasa bangga kerana umurnya semakin panjang meningkat. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa semakin bertambah saat, jam, hari, dan tahun, maka semakin pendek usia seseoran. Ini kerana, umur kita telah ditetapkan berapa panjangnya dan apabila berganjak usia maka, jangka masa tamat usia kita semakin dekat.


Allah SWT telah berjanji kepada kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menghadapi hari-hari selepas tamat usia kita di dunia. Apakah persiapan kita untuk menempuh kehidupan selepas mati atau berpindah alam?


Bagaimana untuk kita bersiap? Maka jawapannya ialah ilmu sebagai alat.


Marilah kita menuntut ilmu dan beramal


No comments:

Post a Comment