Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saidina Umar RA pernah berkata, kita tidak akan keluh kesah jika kita tahu apa yang hendak kita cari. Kata-kata penuh hikmah ini sangat signifikan dengan kehidupan kita. Cuba kita bayangkan, kalau kita keluar rumah dengan sebuah kenderaan tanpa arah tujuan? Ke mana kita hendak pergi?
Begitulah kehidupan kita seharian, kalau kita tidak tahu apa yang kita hendak buat, tentu kita bercelaru. Minda boleh jadi kosong kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Kerja-kerja kita tidak boleh dilakukan.
Kalau minda kosong kerana berada dalam keadaan tenang tidak mengapa. Kerana ketenangan merupakan perkara yang dicari oleh semua orang.
Lantaran itu, kembalilah kepada Allah SWT, hati akan jadi tenang. Dia juga akan tunjuk arah tujuan hidup kita.
No comments:
Post a Comment