Assalamualaikum...
Saya terfikir kenapa masa Allah SWT jadikan bergerak dan tidak statik?Setiap saat yang berlalu tak akan berulang lagi dan ada sahaja perubahan yang berlaku setiap kali masa berlalu.
Sepuluh minit yang lalu, mungkin kita duduk atas kerusi, sekarang ini kita dah bangun dan berjalan-jalan. Tadi kita buat kerja lain dan sekarang lain pula kerja yang kita buat. Semalam punya kerja pun lain daripada hari ini. Apa yang kita makan semalam tak sama apa yang kita makan hari ini meskipun manu yang sama. Apa yang kita minum semalam tak sama dengan hari ini biarpun rasa dan warnanya sama.
Rasanya, ada perkara yang Allah SWT hendak ajarkan kepada kita betul tak?
Bagi saya, kita tidak boleh nak nafikan bahawa perubahan adalah sunnatullah yang sentiasa dihadapi oleh setiap manusia bahkan makhluk lain juga.
Tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya, datang pula tahun baru. Macam-macam azam baru yang kita hendak nyatakan walaupun mungkin masih ada azam tahun lepas yang tidak kesampaian.
Tetapi sedarkah kita semakin bertambah tahun bermakna semakin dekat kita dengan penghujung umur kita.
Lantaran itu, kita perlu pikirkan persediaan perubahan yang sepatutnya kita buat untuk mencapai penghujung nyawa.
No comments:
Post a Comment