Wednesday, February 22, 2012

Mensyukuri Nikmat

Assalamualaikum

Seharusnya kita sedar bahawa nikmat Allah SWT yang sentiasa melimpah ruah merupakan anugerah yang tidak dapat kita hitung.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


"Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya." 
(Surah Ibrahim: 34)

Mari  kita merenung beberapa nikmat yang berdekatan dengan diri kita. Kesihatan badan, keamanan negara, kemampuan bergerak, keboleh makan dan minum, semuanya tersedia dalam hidup kita. 

Namun begitu, adakah kita menyedari akan segala nikmat ini?

Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin.
( Surah   Luqman: 20)

Di kala kita boleh tidur dengan nyenyaknya, berapa ramai orang lain yang tidak dapat melelapkan mata. Tatkala kita mampu makan dan minum, berapa ramai orang yang kebuluran kerana tidak dapat makan dan minum. Apabila kita seronok bersama dengan ahli keluarga, berapa ramai orang yang kesunyian. Sedang kita berada dalam kesihatan, berapa ramai orang yang terlantar di hospital kerana kesakitan.

Oleh yang demikian, semestinya kita menjadi orang yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Segala apa yang kita ada harus disyukuri dan merasa cukup tanpa memikirkan perkara-perkara yang hanya memuaskan kehendak nafsu semata-mata.

Adalah lebih baik kita fikirkan tentang agama kita, diri kita, ahli keluarga kita, tempat kediaman kita, kesihatan kita, pekerjaan kita dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang mengingkari nikmat Allah SWT, seperti yang dinyata dalam firmanNya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya. 
(SurahAn-Nahl: 83)

No comments:

Post a Comment