Monday, March 26, 2012

Siapa Peduli Apa Yang Ditulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dunia teknologi maklumat semakin canggih. Boleh dikatakan setiap isi rumah mempunyai komputer ataupun labtop. Apatah lagi di organisasi-organisasi besar sama ada institusi pendidikan, ketenteraan, perubatan dan sebagainya semua menggunakan komputer untuk memudahkan kerja dan pengurusan sistem kerja.

Begitu juga dengan dunia penulisan. Dahulu, para penulis menulis menggunakan alat tulis seperti pen dan pensil. Kemudian bertukar mengunakan mesin taip dan kini menggunakan komputer atau labtop.

Oleh kerana kecanggihan teknologi maklumat yang semakin hebat memudahkan penulis menulis. Lantaran itu, lahirlah penulis-penulis baru yang menulis buku dan yang semakin ramai sekarang ini adalah penulis blog.

Saya teringat kisah ulamak-ulamak dahulu bahawa mereka menulis banyak kitab. Setelah mereka meninggalkan dunia ini, karya mereka masih dibaca dan dijadikan rujukan. Yang penting sekali karya mereka menjadi amal jariah sampai ke akhirat nanti. Sebab itulah saya ingin menulis. 

Saya juga merupakan salah seorang penulis blog yang ada pada masa kini. Saya mula berjinak-jinak dengan blog sejak 2007. Saya belajar sendiri untuk membuat blog ini. Sungguh teruja apabila tulisan pertama saya berjaya dipostkan melalui blogspot. Apatah lagi bila ada orang yang komen ke blog saya. 

Setelah sekian lama saya menulis di blog ini saya rasa tidak ramai orang yang peduli dengan apa yang saya tulis. Memang saya akui saya tidak pandai menulis seperti penulis-penulis yang ada. 

Saya juga mempunyai cita-cita untuk menulis buku. Meskipun beberapa buah manuskrip buku telah saya buat dalam tempoh hampir setahun. Tetapi belum berjaya diterbitkan.Pelbagai cara saya lakukan termasuk berhubung dengan beberapa buah syarikat penerbitan, namun sampai sekarang Allah SWT belum izinkan buku saya diterbitkan.

Bukanlah saya ingin karya saya dirujuk dan disanjung seperti karya ulamak terdahulu. Cukuplah sekadar perkongsian ilmu yang boleh disimpan dirak buku di rumah atau perpustakaan.

Kalau hendak ikutkan saya seperti putus asa. Tetapi saya teringat ada ustaz kata orang Islam tidak boleh putus asa daripada rahmat Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya.

Biarlah orang tidak peduli apa yang saya tulis.
Meskipun saya tidak pandai menulis.
Walaupun tidak semua orang suka apa yang ditulis.
InsyaAllah saya akan cuba lagi menulis .

Terima Kasih Tuan Ashrafi

No comments:

Post a Comment