Tuesday, March 27, 2012

Kerana Jejantas

Suatu ketika dahulu seorang lelaki yang bernama Kolonel Harland Saunders menjalankan perniagaan restoran kecil. Dia bekerja di restoran itu selama 25 tahun. Tiba-tiba kerajaan ingin membina jejantas yang merentasi restoran beliau.


Setelah jejantas itu dibina, perniagaannya lingkup sehingga duit yang tinggal dalam bank adalah $105. Oleh kerana tiada wang untuk membuka restoran yang baru, maka beliau menyewakan resepinya kepada pengusaha restoran di mana setiap ayam yang  digoreng dibayar royalti 1 sen kepadanya.

Usahanya nampak kecil sahaja bagi orang lain. Biarpun dicemuh dan dikeji, dia tetap berusaha dengan gigih. Lantaran kegigihan dan kesabarannya yang tidak kunjung padam, usahanya mendatangkan hasil yang lumayan.

Syarikatnya yang dikenali sebagai KFC lama kelamaan semakin maju, dia mempunyai rangkaian restoran yang besar dan cawangannya telah bertebaran ke seluruh dunia.

Fikirkan

Bagi orang yang bersangka buruk dengan Tuhan, sudah tentu dia menganggap bahawa halangan yang membuatkan usahanya terbantut telah memusnahkan hidupnya. Dia tidak sedar bahawa, segala kejadian yang ditentukan oleh Allah SWT ada hikmahnya.

Menerusi kisah di atas, sekiranya jejantas yang dibina merentasi kedai kecil dan menyebabkan lelaki itu bangkrap pada awalnya, boleh jadi restoran KFC tidak sampai ke negeri kita pada hari ini.

Allah SWT itu maha pengasih lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment