Sunday, June 3, 2012

Review Buku : Muhammad SAW: Peperangan di zamannya

muhammad

Muhammad SAW: Peperangan di zamannya
oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga: RM27.00/RM30.00
ISBN: 978-983-43748-6-0
Tarikh Terbit: Jun 2008
Jumlah Muka Surat: 395

___Sinopsis_________________________________________________

Banyak sudah kita menelaah buku berkisar riwayat Nabi saw, namun buku ini amat menarik kerana menampilkan suatu kelainan.  Semasa membaca buku ini, seakan terasa ada kesan sampingan; baik dari rohani ataupun emosi. Derap perjuangan ketika Nabi saw memimpin para sahabatseakan terhidu keringan debu yang terhambur.
Buku yang memuatkan sikap Rasulullah SAW yang membayangkan sikap Islam dalam pelbagai situasi sama ada genting ataupun tenang. Menghayatinya seakan-akan samalah seperti kita dijemput untuk bersedia di tengah-tengah medah jihad dalam Perang Ahzab, Khaibar, Hunain ataupun mungkin juga berada di tengah-tengah meja bundar
di mana Perjanjian Hudaibiyah dimeterikan. Gaya ianya ditulis cukup istimewa kerana sesuai dengan tajuknya yang menyentuh persoalan sirah.
Buku ini cukup detail. Teknik penceritaannya cukup tersendiri. Ia bias menyirap darah pejuang, menghiris hati simpati dan boleh menimbulkan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang membuak-buak. Terasa benar betapa kurangnya kita berkorban untuk fisabilillah.
Semoga buku yang ditulis daripada dakwat kesedaran ini mampu mengetuk hati kita untuk memberikan sesuatu yang benar-benar memberi bekas kepada kebangkitan semula Islam. Moga usaha memunggah dari khazanah milik Tok Guru ini bermanfaat  untuk umat Islam.

No comments:

Post a Comment