Monday, June 4, 2012

Review Buku: Ingatlah Tempat Mu Di Akhirat

Assalamualaikum WBT

Marilah kita baca buku. Ini merupakan buku yang pernah saya baca. Sungguh menyentuh jiwa.

Selamat membaca.
ingatlah
Ingatlah Tempat Mu Di Akhirat
oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga: RM17.00/RM20.00
ISBN: 978-967-5515-00-2
Tarikh Terbit: Januari 2010
Jumlah Muka Surat: 160

___Sinopsis_________________________________________________

Demikian hakikat kehidupan manusia. Selama mana pun mereka hidup di dunia ini, suatu ketika nanti akan tiba juga detik berangkat meninggalkannya. Itulah yang dinamakan detik kematian. Detik yang akan menyaksikan terpisahnya roh daripada jasad. Dan di kala itu, kakulah jasad terbujur tanpa mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya menanti ehsan daripada mereka yang masih hidup untuk diurus dan disemadikan di liang lahad. Di situlah berakhirnya perjalanan sekujur jasad yang selama ini bebas bergerak dan berbuat apa sahaja di atas muka bumi ini. Akhirnya ke dalam bumi tempat persemadian akhirnya.
Berakhirnya kehidupan di dunia bukan bermakna nokhtah untuk segala-galanya. Ia bukan titik akhir yang akan menghabiskan episod perjalanan seorang manusia. Sebaliknya, ia merupakan permulaan satu fasa baru ’kehidupan’ seorang manusia.


No comments:

Post a Comment