Sebuah kisah yang sering di dengar tentang seorang lelaki yang mengadu akan kederhakaan anak di zaman Saidina Umar Al-Khatab R.A. perlu di ulang-ulang sebagai peringatan untuk kita semua. Kisah ini semakin releven kepada kita kerana barangkali masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari kerana kederhakaan ibu bapa terlebih dahulu sebelum mereka diderhakai oleh anak-anak.
Kisahnya lebih kurang begini. Pada suatu hari datang seorang lelaki mengandu bahawa anaknya telah menderhaka kepadanya.
Lalu Saidina Umar Al-Khatab R.A. memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana telah menderhaka kepada bapanya serta lupa akan hak-hak terhadap bapanya.
Anak itu menjawab , "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?"
Saidina Umar Al-Khatab R.A. menjawab," Ya".
Dia bertanya lagi, "Apakah ia wahai Amirul Mukminin?"
"Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Kitab (al-Quran)." jelas Saidina Umar Al-Khatab R.A.
"Wahai Amirul mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula bernama "Ju'olan" iaitu sejenis kumbang biasa bewarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran."
Saidina Umar Al-Khatab R.A. lantas berkata, " Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku jahat sebelum dia berlaku sedemikian terhadapmu."
Fikirkan
Sekiranya kita merujuk kepada kisah di atas, ada tiga perkara yang perlu dilakukan oleh seorang bapa iaitu:
- memilih ibu yang baik kepada anak,
- memberikan nama yang baik dan
- mengajarkannya al-Quran (ilmu agama).
Namun demikian, di zaman serba serba canggih ini mungkin kita mudah mendapat ilmu menerusi bahan bacaan terutamanya internet, maka itu kita tahu akan hal ini. Oleh itu, dua perkara yang dinyatakan atas merupakan perkara yang kita jaga dan utamakan untuk disempurnakan. Bagaimana dengan perkara pula yang ketiga? Mengajarkan Al-Quran memerlukan ilmu. Jika kita tidak memiliki ilmu bagaimana hendak mengajarkan anak kita al-Quran, meskipun kita telah memilihkan kepadanya ibu bapa yang baik dan memberikan namanya yang baik.
Peringatan buat diri penulis dan pembaca semua, tuntutlah ilmu. Ini kerana, perkara yang sering terjadi kepada bapa seperti yang diceritakan dalam kisah di atas adalah kerana kurangnya ilmu agama. Sedangkan ilmu agama itu merupakan pemandu kepada kita. Apabila kita faham ilmu agama insya-Allah ketiga-tiga perkara kita dapat tunaikan.
kdg2 mengeluh tgk ibubapa yg menyerahkan bulat2 kpd guru tuk ajar anak dorg...
ReplyDeleteBetul tu.. saya setuju
ReplyDelete