Thursday, December 6, 2012

Rezeki Isteri Solehah, Usah Diucap Takziah Tetapi Ucaplah Tahniah!

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Salah satu rezeki yang besar bagi seorang suami adalah mendapat isteri solehah.


Ia membahagiakan suami dan anak-anak di dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Hari ini, saya kongsikan dengan anda sebuah kisah menarik tentang seorang suami yang cukup rasa bahagia dengan isterinya.




Rezeki Isteri Solehah, Usah Diucap Takziah Tetapi Ucaplah Tahniah!


Seorang suami baru sahaja kematian isterinya yang tersayang. Maka ramailah sanak saudara serta jiran tertangga yang berkunjung untuk memberi penghormatan terakhir kepada si isteri.


doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezeki
Jenazah isteri solehah, isyaAllah
Si suami melantunkan kesyukuran kehadrat yang Maha Kuasa kerana segala pengurusan jenazah dapat disempurnakan dengan baik, meskipun dihatinya tesemat kesedihan yang tidak tertahan.


Urusan memandikan mayat dan mengkafankan jenazah dapat dilakukan oleh si suami dengan bantuan anak-anaknya sendiri.


Imam solat jenazah juga disempurnakan oleh si suami sehinggalah urusan pengebumian jenazah turut disertai oleh si suami dan anak-anak.


Mereka begitu gigih menaburkan jasa terakhir buat orang yang amat dikasihi yang kini hanya terkujur kaku.

Di pertengahan doa terhadap si isteri, air mata si suami mengalir membasahi pipi lantaran terkenangkan kisah lalu semasa hayat si isteri masih ada.


Bagi dirinya, dia begitu bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan seorang isteri yang solehah.


Jiwanya terasa tenang dan kesempatan menyaksikan serta menghayati kehidupan "baiti jannati" di dalam rumah tangganya ketika bersama isteri dan anak-anak dimakbulkan oleh yang Maha Esa. Kehidupan mereka disinari dengan cahaya kebahagiaan serta keceriaan. 


Ketaatan isterinya terhadap Ilahi tidak dapat dinafi kerana dia merupakan seorang yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah. 


Isterinya juga merupakan seorang yang taat kepada suami. Sepertimana  yang disarankan oleh Imam Ghazali agar si isteri menjaga tiga perkara penting erhadap suaminya iaitu makanan, pakaian dan hubungan kelamin, dijaganya dengan baik.


Anak-anak pula tidak pernah lekang daripada perhatian dan kasih sayang si ibu. Dia menyediakan segala keperluan untuk anak-anak dengan seluruh kemampuan yang ada.


Didikan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan perkara pokok yang tidak pernah dia lupakan.

Hubungan keluarga dengan kedua-dua belah pihak sama ada ibu bapanya sendiri mahupun mentuanya dijaga dengan baik.


Dia tidak pernah membezakan kasih sayangnya antara ibu bapanya sendiri mahupun mentuanya.


Tatkala doa yang dibacakan untuk Almarhumah isterinya telah sampai ke penghujung, dia pun bingkas bangun dan berkata kepada hadirin hadirat.


Antara isi ucapannya, "Wahai muslimin dan muslimat sekalian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian memberi sumbangan dan penghormatan terhadap isteri saya. Sekiranya beliau pernah terhutang dengan sesiapa datanglah berjumpa dengan saya. Seperkara lagi, saya tidak mahu ingatkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang datang kepada saya dan ingin mengucapkan takziah, saya tidak mahu mendengarnya tetapi ucaplah tahniah!"


Para hadirin dan hadirat yang masih berada di tanah perkuburan itu berasa hairan dan terpinga-pinga. Si suami kemudiannya menyambung lagi ucapannya, "Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat saya dan saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana saya telah dikurniakan seorang isteri yang soleh. Saya redha ke atas dirinya. Semoga Allah SWT menempatkan beliau di dalam syurga".


Bergenang air mata para hadirin dan hadirat yang masih berada di kawasan perkuburan itu.


Fikirkan

Alangkah bahagianya seorang isteri apabila hidupnya mendapat keredhaan suami. Ini kerana dia boleh memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasukinyan. Itulah janji Allah SWT kepada para isteri yang solehah.

Dalam melayari bahtera rumah tangga pasti ada cabaran dan ujian daripada Allah SWT. Namun, segala dugaan yang datang bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana Allah SWT tidak pernah menjadikan sesuatu yang sia-sia untuk hambanNya. Bersyukur dan bersabarlah kerana ganjarannya terlalu tinggi.

No comments:

Post a Comment