Dalam sebuah kampung terdapat
seorang petani tua yang mempunyai seekor kuda tua dan seorang anak. Kuda itu
sering digunakan unuk membajak ladang. Pada
suatu hari kuda itu melarikan diri ke arah bukit. Apabila hal tersebut
diketahui oleh jiran-jirannya, mereka bersimpati dengan orang
tua terhadap nasib malang yang menimpa dirinya, petani itu menjawab, " Nasib baik, Nasib Jahat, Siapa tahu?"
Seminggu kemudian, kuda
itu kembali dengan kumpulan kuda liar dari
bukit dan kali ini jiran-jirannya mengucapkan tahniah
kepada petani kerana mendapat nasib yang baik.
Jawapannya adalah, “Nasib baik, Nasib
Jahat, Siapa tahu?”
Pada suatu ketika, apabila anak
petani itu cuba menjinakkan seekor kuda liar yang dimiliki oleh ayahnya, dia terjatuh dari belakang
kuda itu dan patah kakinya.
Maka ramai orang yang menganggap anak petani itu mengalami
nasib yang sangat buruk.
Namun, petani hanya bertindak balas,
“Nasib baik, Nasib Jahat, Siapa
tahu?"
Beberapa minggu kemudian
segerombolan tentera memasuki ke kampung tersebut dan dikerahkan
setiap belia yang dilihat sihat tubuh badan
untuk dijadikan tentera. Apabila mereka
melihat anak petani dengan kaki yang patah itu, mereka biarkan dia. Lelaki itu berasa lega dan berkata"
Nasib baik, Nasib Jahat, Siapa
tahu?"
Fikir-fikirkan
Segala perkara yang berlaku ada
hikmahnya. Hanya Allah SWT maha mengetahui apakah hikmat di sebalik kejadian.
Yang penting, kita bersabar, berdoa dan terus berusaha menjalani hidup ini
mengikut syariat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment