Rosli memandang ke arah jam dinding yang di sangkut sebelah kiri pejabatnya. Jam menunjukkan pukul 4.50 petang.
Pada saat itu dia sedang sibuk menyiapkan kerjanya yang perlu dihantar kepada majikannya secepat mungkin. Namun, dia belum menyempurnakan solat asar lagi.
Di sebabkan asyik melakukan tugasannya dia terleka sehingga jam 5.30 petang.
"Alamak, aku sudah lewat. Nanti isteri aku mesti marah." Bisik hati Rosli.
Dia lantas, klik butang "save" dan "close" pada satu fail yang sedang dilaksanakan. Kemudian dia shut down komputer yang digunakannya.
Tanpa berfikir panjang, dia terus bergegas ke pintu keluar pejabat yang menghala ke parkir kereta untuk segera pulang ke rumah.
Tindakannya kelihatan tergesa-gesa umpama mengejar sesuatu.
Dia melangkah dengan begitu lagju. Beberapa minit kemudian, dia telah sampai ke kereta hitamnya. Tatkala masuk ke dalam kereta.
"Alamak, terlupa punch pulak".
Lantas, dia bergegas keluar daripada kereta dan berlari-lari anak menuju ke mesin punch yang terletak di hujung pejabatnya.
Pada ketika itu, beberapa orang rakan sekerjanya yang lain sedang beratur untuk punch berdekatan dengan mesin punch. Sekali lagi Rosli mengeluh.
"Habislah aku, mesti isteri aku marah sebab balik lambat."
Tiba-tiba Rosli ternampak Rahman yang baru keluar daripada surau bersebelahan dengan mesin punch.
"Astaghfirullahal'azim. Aku belum solat asar lagi."
"Patutlah aku kalut sangat hari ini?"
Rosli berhenti seketika dan merenung ke dalam diri.
"Mungkin kerana tanggungjawab kepada Allah SWT belum selesai."
Entah datang dari mana seolah-olah ada yang berbisik.
"Tetapi engkau sudah lambat. Nanti isteri engkau marah sebab sampai rumah lewat."
Rosli bertegas.
"Ah..biarkanlah. Yang penting tanggungjawab aku dengan Allah SWT diselesaikan dulu."
Dia merasa sedikit ketenangan. Dia pun menukar haluan untuk pergi ke mesin punch sebaliknya menuju ke surau.
Usai bersolat dan berdoa. Dia semakin berasa ketenangan. Kali ini langkahnya tidak tergesa-gesa lagi. Dia lebih bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Dia sedar bahawa setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.
Apabila sampai di rumah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Abang baru balik? Macamman kerja hari ini"
"Macam biasa. Sibuk sikit."
"Mari kita makan, Ayang sudah sediakan air dan goreng pisang."
Rosli agak pelik kerana macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Fikir-fikirkan
Ada ketikanya kita terlalu takut dengan manusia sehingga lupa dengan tanggungjawab Allah SWT. Kita sering lupa bahawa Allah SWT akan mudahkan urusan kita jika kita menjaga agamaNya.
No comments:
Post a Comment