Monday, December 17, 2012

Rezeki Selsema

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kita mungkin selalu fikir bahawa rezeki adalah perkara-perkara yang kita dapat yang kita suka sahaja.


Kita lupa bahawa, perkara yang mungkin kita tidak suka juga merupakan rezeki untuk kita.


Hari ini saya kongsikan dengan anda sebuah kita yang boleh kita jadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita.


Ia adalah tentang Rezeki Selsema.


Rezeki Selsema 



Hari ini, wajah Azman kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dia seolah-olah tidak bermaya untuk menghadiri kelas Matematik.

Kisah Teladan, doa murah rezeki   doa rezeki   amalan murah rezeki   ayat rezeki murah   zikir rezeki murah   zikir rezeki  surah murah rezeki,
Ucaplah Alhamdulillah


Jam menunjukkan pukul 7.55 pagi. Barangkali, beberapa minit lagi, Pn Salmi akan datang meneruskan  pembelajaran yang tertangguh minggu lepas.


Rakan karibnya, Azli yang sentiasa caria baru sahaja masuk dan duduk bersebelahan dengan Azman. Seperti biasa dia akan bertegur sapa dengan Azman sebelum kelas bermula.


"Kenapa dengan kamu Azman? Nampak pucat sahaja?" soal Azli


"Badan tidak berapa sihat. Tambahan pula, hidung berair" jawab Azman


"Oh begitu. Patutlah nampak macam tidak selesa." ujar Azli


"Aku paling tidak tahan kalau selsema. Hidung pula tersumbat, kepala pening, hendak bernafas pun susah." sambung Azman.


"Bersabarlah, mungkin ada hikmahnya," jawab Azli


Tiba-tiba," Achom!" Azman bersin. Dia lantas mengucapkan ,"Alhamdulillah".


"Yarhamkallah." jawab Azli. Mereka besambung-sambung memuji Allah SWT sehingga selesai.


Apabila Azman bersin lagi, lantas dia mengucapkan Alhamdulillah.


Kemudian Azli bersuara, "Perasankah kamu, setiap kali kamu bersin kamu akan mengucapkan Alhamdulillah. Semakin banyak bersin semakin bertambah ucapan Alhamdulillah. Inilah hikmahnya."


Fikirkan


Setiap kejadian yang Allah SWT tentukan kepada kita adalah tidak sia-sia dan pasti ada hikmah disebaliknya.


Apabila kita diuji dengan kesakitan, mungkin Allah SWT rindukan kita kerana kurang ingat kepadaNya.


Bukan senang mahu dapatkan rezeki merindui Allah SWT.


No comments:

Post a Comment