Hari ini saya ingin tanya dengan anda, apa yang anda selalu fikir tentang rezeki?
Kemungkinan besar, ramai di antara kita yang sering menggandingkan rezeki dengan wang.
Sehinggakan ada yang menganggap bahawa dirinya tidak dapat rezeki atau tidak ada rezeki yang banyak dan kesempitan rezeki kalau tidak dapat wang atau duit.
Bolehkah anda berfikiran bahawa Anda Tidak Ada Duit Bererti Anda Tidak Ada Rezeki?
Anda Tidak Ada Duit Bererti Anda Tidak Ada Rezeki?
Saya bukan mufti yang layak memberi hukum boleh atau tidak, salah atau benar.
Tetapi dalam entri kali ini saya cuba berkongsi dengan anda tentang definisi rezeki yang saya faham.
Nanti, bolehlah sama-sama kita fikir untuk menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.
Pengetian Rezeki
Apa yang saya faham, memanglah duit itu juga salah satu rezeki.
Bahkan kalau kita merujuk dalam kamus dewan atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu ada mendefinisikan rezeki sebagai
segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita.
Jadi, betullah yang dikatakan duit ada rezeki kerana ia adalah salah satu keperluan untuk hidup. Tetapi skopnya tidaklah sempit hanya kepada duit.
Ia lebih daripada duit.
Kalau dalam kamus Indonesia pula mengatakan rezeki adalah
sesuatu yang dipakai untuk memelihara kehidupan ( yang diberikan oleh Tuhan) berupa makanan (sehari-hari); nafkah. Kedua, yaitu kata kiasan dari penghidupan, pendapatan, (uang dan sebagainya yang digunakan memelihara kehidupan), keuntungan, kesempatan mendapatkan makanan dan sebagainya. Definisi rezeki tersebut melihat dari sisi ekonomi saja.
Di sini kita juga boleh lihat bahawa rezeki adalah semua Allah SWT kepada kita untuk menjalani kehidupan.
Mari kita merenung sejenak betapa banyak pemberian Allah SWT kepada kita untuk menjalani hidup ini?
Saya ambil contoh, Allah SWT berikan kita akal, berikan bumi untuk kita jadikan tempat tinggal, mencari makanan dan pakaian.
Allah SWT ciptakan matahari, bulan, langit, bintang-bintang, dan lainnya juga untuk kepentingan kita.
Makhluk hidup maupun tidak yang tinggal di bumi sangat tergantung pada matahari dalam proses kehidupan termasuk kita.
Allah jadikan diri kita manusia dengan sempurna dibandingkan dengan ciptakaan lainnya.
Itu semua contoh rezeki.
Rezeki Bukan Semata-Mata Yang Dipandang Baik
Tidak semua perkara yang kita rasa baik sahaja adalah rezeki.
Anda setuju atau tidak dengan saya? Macam pelik sahajakan...
Baik, untuk mudah faham saya suka terangkan contoh di sini.
Ali adalah seorang yang kaya-raya, tiba-tiba dia diisytiharkan bankrap. Sudah pasti, Amir berasa sedih dan susah hati. Sebenarnya, Ali sedang diberikan kesedihan dan ujian oleh Allah SWT. Barangkali ketika Ali kaya sebelum itu, dia selalu sibuk dengan kerjanya sehingga tidak ada waktu untuk mengingat Allah. Dengan dicabut kekayaannya oleh Allah, Ali sudah berubah dan beliau sudah banyak waktu untuk mengingat Allah.
Nampakkan. Inilah yang dikatakan rezeki disebalik ujian. Terbukti bahawa kesedihan yang dihadapi oleh Ali mendatang hikmat ketaqwaan dari Allah SWT. Ini juga merupakan rezeki.
Jadi untuk entri kali ini saya simpulkan bawah rezeki adalah semua yang diberikan Allah kepada manusia selama hidup baik secara langsung maupun tidak langsung (ujian).
Boleh faham? Untuk tambah faham dan meraik rezeki, jangan lupa baca --->>> Formula Rezeki Melimpah Ruah
Baik, boleh jawab soalan saya di atas sana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment