Thursday, June 11, 2015

Rezeki Adalah Jaminan Allah, Yakin Atau Tidak?

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya kepada anda suatu soalan.

Kalau saya katakan kepada anda bahawa saya seorang pakar memanah, anda percaya atau tidak?

Saya rasa, anda tentu tidak percaya kerana saya tidak ada bukti.

Melainkan, saya datang jumpa anda dan beberapa orang rakan anda secara bersemuka dan tunjukkan kehebatan saya memanah.

doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezeki


Baik.

Katakanlah saya datang kepada anda dan ambil sebiji buah epal dan saya letakkan di atas sebuah meja.

Saya berdiri 50 meter dari meja itu dan cuba memanah kepada buah epal tersebut tadi.

Beberapa ketika kemudian, sebatang anak panah saya berjaya menusuk buah epal itu.

Nah, sekarang anda sudah lihat apa yang berlaku di hadapan mata anda.

Jadi, saya ingin bertanya sekali lagi adakah anda percaya saya seorang pakar memanah?

Mungkin sudah ada yang percaya. Mungkin juga masih 50% tahap kepercayaannya.

Baik.

Sekarang saya ambil pula sebiji buah anggur dan saya letakkan di atas meja itu tadi dan kali ini saya cuba memanah dari jarak 70 meter pula.

Ternyata, cubaan saya kali ini juga tepat mengena kepada sasaran.

Sekali lagi saya ingin bertanya, adakah anda percaya saya seorang pakar memanah?

Telahan saya sekarang, mungkin lebih daripada 60% yang percaya saya seorang pakar memanah.

Baik, oleh kerana semakin ramai yang sudah percaya bahawa saya seorang pakar memanah, jadi saya ingin memanggil salah seorang daripada anda untuk datang dekat dengan saya.

Kali ini saya mahu cuba memanah dari jarak 100 meter dan sasaran saya adalah sebiji buah anggur yang diletakkan di atas kepala salah seorang daripada anda.

Berapa orang yang mahu?

Kalau ada di antara anda yang sanggup datang kepada saya secara sukarela dah bersedia untuk diletakkan sebiji buah anggur di atas kepalanya, itu tandanya beliau mempunyai tahap YAKIN yang tinggi.


Ini kerana, hanya orang yang YAKIN bahawa saya seorang pakar memanah sahaja yang berani tampil.

Kalau sebelum ini lebih daripada 60% yang PERCAYA bahawa saya seorang pakar memanah, itu hanya PERCAYA belum tentu YAKIN lagi.

Itulah beza di antara YAKIN dan PERCAYA. Kedua-dua ini nampak hampir sama maksudnya, tetapi sebenarnya tidak.

Begitu juga dalam bab rezeki.

Kita wajib YAKIN bahawa rezeki itu jaminan Allah SWT. Kalau kita YAKIN, insyaAllah hidup kita akan tenang dan bahagia.

Sebabnya, ini adalah janji Allah SWT

 Rezeki Adalah Jaminan Allah, Yakin Atau Tidak?

 "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq ayat 2-3)

 Jangan lupa baca juga tentang --->>> Formula Rezeki

doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezeki
YAKIN dengan rezeki Allah



Sebagai penutup, jujur saya katakan memang saya tidak pandai memanah pun.

Apa yang saya ceritakan di awal tadi hanyalah sebagai pemudah cara untuk membezakan antara YAKIN dan PERCAYA.

Di harap anda dapat membezakan antara kedua-dua perkataan ini.

Semoga rezeki anda dan saya melimpah rauh.  Jangan lupa baca juga tentang --->>> Formula Rezeki


No comments:

Post a Comment